Bahagian 2:Refleksologi

TERAPI MENJAGA KESIHATAN

Terapi untuk menjagga kesihatan boleh dilakukan setiap hari.

  1. Mengurut daerah refleksi ginjal,salurankencing dan pundi kencing agar endapan kotor dapat dibuang dgn lancar.
  2. Mengurut daerah refleksi kepala,sebagai pusat susunan saraf.
  3. Mengurut daerah refleksi perut,usus 12 jari,hati dan pankreas agar pertukaran zat,penyusunan tenaga,perlepasan panas(metabolisme)memberi makanan kpd organ tubuh.
  4. Kelenjar getah bening bahagian atas tubuh,dada dan perut agr segala endapan kotoran diambil dan dikeluarkan.

TERAPI PENYEMBUHAN

Terapi untuk penyembuhan ialah mengurut daerah refleksi dari organ yg sakit,dilakukan setiap hari agar cepat sembuh.Lamanya mengurut pada tiap daerah refleksi ialah 5 hingga 10 minit untuk sakit biasa.Tekanan urutan menurut daya tahan orang yg diurut,dan apabila semakin terasa sakit ketika diurut bererti semakin baik.Untuk daerah refleksi kelenjar cukup 2 hingga 3 minit saja.

Terapi untuk bayi atau anak2 cukup 2 hingga 3 kali pengurutan,ia sudah dapat menyembuhkan.Tetapi untuk orang dewasa harus dilakukan sampai beberapa kali.Jadi tidak hanya sekali urut lantas sembuh,walaupun sekali urut akan terasa sejuk.

REAKSI YANG MUNGKIN TIMBUL

  1. Kencing lebih kotor dan berbau lebih busuk kadang kala juga seakan-akan berpasir.
  2. Bahagian2 tertentu dari anggota badan akan terasa sakit untuk beberapa ketika dan kemudian hilang dengan sendirinya atau berpindah ke tempat lain.
  3. Rasa letih,lesu dan mengantuk.
  4. Timbul gatal2 di kulit.
  5. Berak cair atau berminyak.
  6. Kepala terasa sakit.
  7. Muntah-muntah.
  8. Banyak buang angin.
  9. Urat darah nampak timbul.
  10. Berpeluh banyak dan kadang2 likat.
  11. Rasa lebih ringan dan lebih cergas.

PENYAKIT-PENYAKIT YANG SENANG DISEMBUHKAN

  1. Sakit kepala
  2. Sakit buah pinggang(yang belum teruk)
  3. Sakit lutut(kecuali setelah dilakukan pembedahan)
  4. Jangkitan pada sendi
  5. Buasir,sembelit
  6. Salah urat,kejang otot
  7. kebas kaki tangan,lenguh-lenguh
  8. Sesak nafas

Terdapat juga  penyakit-penyakit lain yang boleh disembuhkan yang tidak diketahui oleh doktor.

PENYAKIT-PENYAKIT YANG SUKAR DISEMBUHKAN DENGAN CARA REFLEKSOLOGI

  1. Barah yang sudah terlambat
  2. Urat saraf yang sudah putus/kelumpuhan kerana sel-sel telah rosak atau mati akibat kecelakaan,terkena pukulan atau stroke
  3. Akibat terlampau banyak makan ubat sehinnga saraf menjadi kebal
  4. Penyakit disebabkan oleh sihir
  5. Dirasuk oleh jin

PERKARA YANG PERLU DIPERHATIKAN

  1. Penderita sakit jantung,kencing manis,hati kaser tumor,ketika mengurut jangan terlalu kuat.Tiap daerah refleksi cukup 2 minit sahaja.
  2. Penderita sakit tulang perlu diurut kuat barulah berhasil.
  3. Selama penyembuhan dengan terapi urut,hentikan ubat-ubatan kimia (kecuali sakit jantung,kencing manis,darah tinggi)kerana akan menghambat kesan penyembuhan,dan kemungkinan boleh terjadi kontradiksi.
  4. Makan vitamin masih dianjurkan
  5. Selesai diurut minumlah air masak putih 2 atau 3 gelas agar endapan kotoran mudah keluar.
  6. Daerah refleksi kelenjar bila terlalu kuat diurut akan menimbulkan reaksi lain.
  7. Hentikan merokok,apalagi kepada yang kuat merokok;sebab akan menghalangi penyembuhan.Asap rokok mengandungi benzopiren yang bersifat melindungi enzim.Pembakaran kertas dan tembakau bersifat karsinogen,aitu satu zat yang dapat menimblkan kanser,gangguan peredaran darah dan jantung.



Bahagian 1 : Refleksologi

Setiap manusia yang diciptakan ALLAH s.w.t. pasti terkena penyakit.Sejak kecil manusia sudah mengenal erti sakit,sehinggalah ajalnya.Allah s.w.t memberi penyakit dan Dialah yang menyembuhkan.Penyakit yang terdapat  pada badan manusia,sebenarnya mempunyai  penawar pada diri manusia itu sendiri,SUBHANALLAH.Perlu diketahui refleksologi bukanlah pengubatan,tetapi membetulkan sistem badan yang tidak betul yang menjadi punca kepada penyakit.Apabila punca yang menyebabkan penyakit atau sakit sudah hilang ini bermaksud sakit/penyakit sudah hilang.Dalam kaedah ini tiada ubat dimakan,jarum ditusukkan ,tiada pembedahan dilakukan dan tiada kesan sampingan.Ia sangat berbeza dengan sistem perubatan moden yang kebanyakkannyang menggunakan dadah dan tidak terlepas dari kesan sampingan.Kebanyakkannya juga bukan menyembuhkannya tetapi membenamkan penyakit.Kelebihannya yang lain, ia boleh dilakukan kepada orang yang sudah tua atau masih bayi.

PENGERTIAN

Refleksologi merupakan satu kaedah pemeliharaan kesihatan dan penyembuhan penyakit dgn cara menekan titik pusat urat2 saraf.Tiap2 titik tersebut ada hubungannya dgn organ tubuh tertentu.Urut refleksologi boleh dilakukan pada tapak kaki,tangan,badan, muka,kepala&telinga.Disini saya ingin brkongsi tentang urut kaki sahaja.

ASAL USUL

Tidak ditemui satu bukti yang pasti di mana dan siapa yang menemukan kaedah ini.Pengubatan ini sudah diamalkan ribuan tahun di negeri China.Namun satu bukti yang agak jelas menunjukkan bahawa refleksologi ini sudah bermula sejak zaman Mesir kuno lagi,iaitu dengan penemuan lukisan/lakaran orang sedang melakukan refleksologi di salah satu piramid di kota itu.Kononnya ada cerita yg mengatakan bahawa Firaun tidak pernah sakit kerana melakukan terapi refleksologi setiap hari.

APAKAH ITU SAKIT?

Menurut bahasa sakit bermakna berasa tidak sihat tubuh badan atau organ2 lainnya oleh satu atau beberapa sebab.Menurut istilah sakit bermakna ; rasa yang tidak menyenangkan,pedih,berdenyut,bengkak,salah urat, luka  & sbgnya.

Sebenarnya sakit/rasa sakit menunjukkan bahawa di bahagian yang berkenaan sedang ada masalah yang perlu diperhatikan.Rasa sakit adalah siren kecemasan yang bertujuan memohon pertolongan dan meminta bantuan.Rasa sakit itu sendiri biasanya datang bila gangguan itu sudah sampai ke peringkat yang agak serius.Sedangkan diperingkat awal gangguan belum mendatangkan rasa sakit lagi,tapi mungkin baru terasa kebas,krem,lenguh,penat,letih,tidak bertenaga dan sbgnya.

Seorang pengamal refleksologi hendaklah tahu dan mengerti apa penyebab datangnya penyakit atau rasa sakit itu sendiri.

Kaki kanan

 

Kaki kiri

 

PENYEBAB GANGGUAN TUBUH/PENYAKIT

  1. Gangguan dari luar (berlanggar,jatuh,terhantuk,kena pukul,terluka,disengat binatang,terbakar,keracunan,berlebihan makan,urat saraf yg tersepit,salur darah yg menyempit dan sebagainya.)
  2. Gangguan dari dalam/kejiwaan (perasaan cemas,takut,marah,tension,runsing,sakit hati,putus asa,kecewa dll.)

Kedua faktor diatas sangat mempengaruhi perjalanan/pengaliran darah dalam tubuh yg menyebabkan perubahan kimiawi dalam badan.

PEREDARAN DARAH AMAT PENTING

Supaya tubuh dpt berfungsi dgn normal,maka setiap organ tubuh memerlukan darah,kerana darahlah yg membawa zat makanan yg diperlukan,seperti oksigen,hormon,antibiotik dll.Selain berfungsi seperti sedemikian,darah juga berfungsi sebagai pembawa keluar kotoran yg ada pada tubuh.Maka,jika salah satu organ tubuh sakit,maka ia memerlukn peredaran darah yg lancar bg membantu menyembuhkn penyakit itu.Jika peredaran darah semakin lancar,maka semakin sihat pulalah tubuh kita.

 

MENGETAHUI GEJALA PENYAKIT DARI KAWASAN REFLEKSI

Untuk mengetahui gejala sakit dari kawasan refleksi cukup dengan menekan atau mengurut kawasan refleksinya,maka akan dapat diketahui organ-organ yg terganggu atau sakit.Bila terdapat organ yg sakit,ketika diurut pada kawasan refleksi akan terasa seperti ada pasir halus.Bila kawasan refleksi terasa sakit ketika diurut,ini tandanya gangguan pada organ tersebut sudah parah.

Terapi penyembuhan dengan urut refleksi bertujuan untuk melancarkn peredaran darah yg akan membawa makanan ke organ berkaitan,serta membawa/mengangkut sisa pembakaran/endapan kotoran.Endapan kotoran tersebut dikeluarkn oleh tubuh melalui peluh,pernafasan,air kencing dan najis.Betapa pentingnya pembuangan kotoran atau endapan tersebut,dan jika tidak dibuang akan menimbulkn gangguan pada kesihatan tubuh.Makanan yg tidak dapat dicernakn lagi dan terdapat dalam usus besar akan dikeluarkn melalui anus.Sisa2 oksidasi yg mengandungi air dan karbon dioksida sebahagiaannya dikeluarkn melalui paru2.Alat pembuang kotoran atau endapan lainnya ialah ginjal,hati dan kulit.Ginjal menyaring darah.Zat yg tidak diperlukan oleh badan dikumpulkn dlm bentuk air kencing.Air kencing mengandungi urea,asid urin,amonia ; iaitu sisa2 pembakaran protein.Urin/air kencing mengandungi zat warna hempedu yg menyebabkn air kencing berwarna kuning,mengandungi zat yg berlebihan di dlm darah kerana kelebihan vitamin C,ubat-ubatan serta hormon.Bila ginjal mengandungi protein di dalam air kencing,hal ini menunjukkan kerosakan pada ginjal.

Selanjutnya hati membuat hempedu yg mengandungi zat warna yg berasal dari perombakan sel darah merah.Hempedu terkumpul dalam pundi hempedu,dikeluarkn melalui saluran hempedu menuju usus 12 jari.Hati juga berfungsi membunuh kuman penyakit dan menawarkn bermacam2 racun,menimbunkan gula yg diubah menjadi glukogen,dan sebagai tempat pembentukan urea yg terbentuk dari amonia dan karbon dioksida.Hati juga berfungsi sebagai tempat mengubah provitamin A menjadi vitamin A yg diperolehi daripada sayur-sayuran,buah-buahan berwarna kuning kemerah-merahan berupa provitamin A serta sebagai tempat pembentukan protombin.

Kulit melindungi tubuh terhadap berbagai faktor yg merugikan,sebagai tempat indera,tempat menyimpan lebihan lemak dan tempat pembentukan vitamin D.Dan yg penting,bahawa peluh yg mengandungi kotoran juga keluar melalui kulit.

~Merawat Penyakit Dengan Kembali Kepada Fitrah~

Kesihatan sangat penting bagi manusia,ia adalah anugerah Allah yang sangat bernilai.Kita perlulah menjaga kesihatan jasmani dan rohani dengan mmbuat rawatan penjagaan diri ,sebelum datang penyakit2 kronik seperti sakit jantung,darah tinggi, kencing manis,gout,buah pinggang,obesiti,dll lagi.Allahs.w.t. Maha pengasih lagi Maha Penyayang kpd semua hamba2Nya jika Dia menghendaki Allah akan menyembuhkan penyakit …sprtmana firman Allah s.w.t. dlm surah Asy-Syu’araa’…

“Dan lalu( aku menyakini) apabila aku sakit,maka Dialah yang menyembuhkan aku .”

[ Asy-Syu'araa' : 80 ]

Di samping itu Rasulullah s.a.w telah b’sabda ;

“Bagi setiap penyakit itu ada (t’sedia) ubatnya ; maka apabila b’tepatan (serasi) antara ubat dgn penyakit,dia akan tersembuh dgn izin Allah Ta’ala.”

[ Hadith Riwayat Muslim dan Imam Ahmad ]

Banyak lg ayat al Qur’an & al Hadith yg menyentuh tentang kesihatan dan cara2 menjaganya drpd pelbagai sudut..seorang muslim itu perlulah m’jaga kesihatan diri dgn :

  1. pemeriksaan kesihatan,rawatan & pencegahan fizikal.
  2. menjauhi pil perangsang & rokok.
  3. menjaga kebersihan
  4. menjauhi arak,minuman memabukkan & pil khayal.
  5. bersukan dan berlatih.

 

Antara punca penyakit ialah pengambilan makanan yg tidak seimbang,tekanan emosi,kemalangan,pembedahan,faktor cuaca dll.Kita perlulah membuat persediaan dan pencegahan sblm dijangkiti sebarang penyakit akibat kelemahan organ2 dlm tubuh bdn.Sbg langkah b’jaga2,kita disarankn agar m’cegah penyakit drpd mengubatinya.

Terdapat 2 kaedah perubatan ; moden & alternatif..kita boleh mengambil kedua2 cara ini untuk merawat pelbagai penyakit2 fizikal dan mental.Kecenderungan saya lebih kepada terapi alternatif,seperti ; reflexsologi,bekam sunnah dan Chi Nei Tsang.Dan dari sudut pemakanan pula saya lebih mengutamakan habatus sauda’ madu lebah sebagai syifa’  bg manusia.. seperti yg disebutkn di dlm al-Qur’an surah an-Nahl..

 

 


“Drpd perut lebah itu keluar minuman (madu) yg beraneka warnanya,di dlmnya terdpt ubat yg menjadi penyembuh bg(keseluruhan penyakit) manusia.Sesungguhnya pd demikian itu benar2 terdpt tanda (Kebesaran Allah)bg org yg memikirkan (ahli ilmu,sarjana2&pengkaji2).”

[An-Nahl:69]

Terdpt beberapa buah Hadith nabi s.a.w mengenai khasiat madu antaranya:

“Hendaklah kamu selalu berubat dgn 2 penyembuh:iaitu madu dan al-Qur’an”

[Hadith riwayat Ibnu Majah & Al-Hakim]

Muhammad ‘Azat di dlm kitabnya “Mu’jizat Asy-Syifa’(27) pernah menulis..“Setiap org Islam wajib mempercayai kesembuhan penyakit menerusi  madu ; dan hendaklah dia mengambil manfaat dgn ubat Ilahi (yg berkat ) ini;dan hendaknya dia menjadi seorg hamba yg Rabbani(alim lg beramal dgn ilmunya) dgn meyakini ALLAH  YANG MAHA TUNGGAL,Tuhan Penyembuh Yang Tunggal.”

Sejauh manakah sikap dan aqidah kita umat  Islam kini?Sungguh seandainya tersilap dlm aqidah ini,kita boleh menjadi kufur dan terkeluar drpd Islam.Bukankah Allah S.W.T  Tuhan yg menyembuhkan segala penyakit?Dan kini kita telah didedahkan dgn perubatan yg dasarnya telah ditunjukan Allah;adakah masih bersikap angkuh terhadap perubatan Islam;seolah2 kita mempercayai ubat Barat atau buatan manusia itulah yg dpt menyembuhkan penyakit yg kita hadapi??

Akhirul kalam,igtlah bahawa Allah s.w.t telah m’jadikan kita sebaik-baik kejadian di muka bumi ini.Oleh itu,jgnlah diabaikn diri kita dgn membiarkn kebahagiaan dan kesihatan kita t’jejas.Ia juga akn m’jadi 1 ibadah seharian kita selain yg fardhu.

belajar blog

perlu usaha untuk mndapat ilmu.agak sukar jugak.

salam pengenalan

salam,hari ni sdg mengadakn kelas kursus blog di sek men al amin kemaman..

 

Kelas ini bermula jam 8.30 pg dan berakhir jam 5ptg.Saya sangat gembira kerana ada blog sendiri

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.